Showing posts with label Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Akhbar. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Keputusan SPM Diumum 21 Mac 2012.


PUTRAJAYA - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 21 Mac depan, menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini.


Sementara pengumuman analisis keputusan pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di sini, pukul 9 pagi pada hari yang sama.



Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.



Bagi calon persendirian keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.



Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SMS jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.



Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi 21 Mac hingga 12 tengah malam 27 Mac.



Seramai 468,808 calon mendaftar telah menduduki peperiksaan tersebut di 3,533 pusat peperiksaan seluruh negara tahun ini. - Bernama


Thursday, November 24, 2011

Murid Swasta Juga Dapat RM100.

PELAJAR sekolah swasta akan turut menikmati wang bantuan RM100 untuk menghadapi sesi persekolahan tahun depan. - Gambar hiasan



BATU PAHAT - Kerajaan bersetuju memperluaskan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada 500,000 pelajar sekolah swasta di seluruh negara membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi menghadapi sesi persekolahan pada tahun depan.


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peruntukan kepada pelajar sekolah swasta sama ada di sekolah agama rakyat atau sekolah swasta Cina itu diputuskan memandangkan kerajaan tidak mahu pelajar terbabit merasakan diri mereka terpinggir.

Thursday, November 17, 2011

46,012 Calon UPSR Peroleh 5A.



PUTRAJAYA: Pencapaian keseleluruhan 497,691 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik sejak 2008 mengikut Gred Purata Nasional (GPN) dengan jumlah calon memperoleh cemerlang semua A sebanyak 46,012 orang. 

Keputusan itu diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud pada sesi pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011, di sini, sebentar tadi.


SZ: Tahniah buat adik-adik, ibu bapa dan guru-guru yang terlibat.

Sunday, November 13, 2011

Guru Kerja 9 Jam Mulai Tahun 2012?


ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Monday, October 31, 2011

7,508 Tempat Latih GSTT Dirancang Disediakan Mulai 2012.

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Kementerian Pelajaran merancang untuk menyediakan 7,508 tempat bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk dilatih di bawah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah-Sekolah Rendah, Kursus Perguruan Lepasan SPM dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah mulai Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong berkata, sehingga 18 Ogos tahun ini seramai 7,920 orang telah dilantik semula sebagai GSTT dan daripada jumlah itu, seramai 1,143 orang sedang mengikuti kursus dalam cuti.

Monday, September 26, 2011

Anak Penoreh Getah Cemerlang Akademik.

Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU: Sikap sering bertanya dan tidak segan silu yang dipraktikkan sejak di bangku sekolah hingga menjejakkan kaki di menara gading membolehkan anak pasangan penoreh getah, Mohd Ariff Admon, 24, muncul antara lapan penerima Anugerah Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sempena Majlis Konvokesyen ke-47 universiti itu. 



Ariff yang berasal dari Felda Pemanis 2, Segamat dan berkelulusan Sarjana Sains Matematik dari Fakulti Sains UTM, juga antara 74 penerima Anugerah Pelajar Terbaik Pasca Siswazah universiti itu.

Tuesday, September 20, 2011

Keluhan Pelajar Matrik.

PEDANG BERTUAH, Kuala Lumpur


KEPUTUSAN rayuan untuk kemasukan ke IPTA telah pun selesai diumumkan pada 16 September 2011 yang lalu.
Seperti yang saya jangkakan dan terbukti apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi masih melagukan rentak lama dan skrip yang standard tentang kegagalan pelajar Matrikulasi mendapat tempat ke IPTA.
* Pelajar bersalah kerana tidak pandai pilih kursus dan hanya pilih kursus-kursus popular yang tempatnya terhad;
* Pemilihan adalah berdasarkan merit akademik dan kokurikulum;
* Nisbah pelajar wanita yang melebihi lelaki, maka harus diseimbangkan.
Namun begitu, persoalan saya seperti yang tersiar di ruangan ini pada bulan Julai lalu masih belum dijawab kementerian:
* Jika sekiranya pelajar-pelajar tidak pandai memilih kursus ikut kelayakan, kenapa pihak kementerian yang sedia arif itu tidak menawarkan kursus yang mereka layak mengikut budi bicara kementerian? Harus diingat, ketika permohonan awal dahulu, pelajar yang memilih "YA" untuk ditawarkan kursus selain pilihannya tetap tidak menerima tawaran dan disuruh membuat rayuan.
Ketika membuat rayuan pula, kementerian meletakkan penafian (disclaimer) yang pihak kementerian berhak menawarkan kursus selain yang dipohon pelajar.
* Apakah sebenarnya kelayakan masuk universiti benar-benar bersandarkan merit kerana pelajar aktif pun tidak mendapat tempat? Kalau bersandarkan merit, anak saudara saya ialah Presiden Kelab Kembara di Pusat Matrikulasi beliau dan aktif dalam pementasan drama selain mempunyai CGPA 3.09. Tinggi sungguhlah merit diletakkan kalau aktif sebegini pun masih dikira belum cukup layak.
* Ke mana hala tuju pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpinggir ini? Adakah kementerian akan membantu mendapatkan tempat di IPTS sebagai alternatif? Saya tidak kisah kalau pelajar tersebut gagal (sememangnya tidak layak) malah jauh sekali mendapat keputusan sekadar 'cukup makan', tetapi pelajar-pelajar terpinggir ini ialah pelajar-pelajar cemerlang dan bertungkus lumus selama dua semester di Pusat Matrikulasi.
* Cuba kita lihat pengambilan Matrikulasi yang sebegitu banyak untuk tahun ini. Apa gunanya kementerian begitu ghairah mengambil ramai pelajar Matrikulasi sekiranya selepas tamat pengajian, tempat mereka di universiti tidak terjamin? Adalah lebih baik mereka ini menerima tawaran Diploma sekiranya mereka tahu kesudahan mereka adalah sebegini.
* Merujuk kepada nisbah pelajar lelaki dan wanita yang tidak seimbang. Ini bukan maklumat baru kerana kementerian sudah pun tahu semasa kemasukan pelajar-pelajar ke Matrikulasi mengenai berapakah jumlah pelajar wanita berbanding lelaki. Bukankah sesuatu yang tidak adil sekiranya ada di antara pelajar-pelajar perempuan Matrikulasi yang tidak mendapat tempat hanya kerana hendak diseimbangkan nisbah ini?
* Kerajaan telah membelanjakan duit yang banyak membina Pusat Matrikulasi di seluruh negara, malah memberi pembiayaan penuh kepada pelajar-pelajarnya sepanjang mereka menuntut ilmu di sana. Bukankah satu pembaziran jika mereka ini dipinggirkan di hujung jalan?
Sememangnya kementerian cuba berlaku adil dengan memberi peluang para lepasan STPM dan Diploma yang turut bertungkus lumus belajar untuk mendapat tempat di universiti.
Namun demikian, jangan dinafikan hak pelajar-pelajar Matrikulasi ini kerana beradanya mereka di Matrikulasi ialah sebagai habuan atas usaha keras mereka semasa di peringkat SPM dulu.
Jika melihat dari sudut lain pula, siapakan lebih teraniaya antara ketiga-tiga golongan ini sekiranya tidak mendapat tempat ke universiti? Para pelajar diploma sudah boleh selesa menjawat jawatan pegawai dengan diploma yang disandang. Pelajar-pelajar STPM sudah semestinya lebih bernasib baik berbanding pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpaksa mencari kerja hanya berbekalkan sijil SPM.
Sekiranya hendak berbicara tentang prinsip adil pula, saya cadangkan tutuplah sahaja Pusat Matrikulasi dan biarkan semua pelajar bersaingan melalui STPM. Janganlah menganiaya pelajar-pelajar ini dengan membiarkan mereka menghabiskan dua semester untuk belajar tanpa mendapat apa-apa pulangan selain kerugian masa dan duit kerajaan.

Sumber: Utusan online

Wednesday, September 7, 2011

Mubarak Pelajar Baharu USM.

MUBARAK

GEORGE TOWN – Kejayaan empat anak pelakon, Mubarak Majid menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi pendorong kepada beliau untuk melanjutkan pelajaran dan turut memiliki segulung ijazah.

Semalam, Mubarak, 55, adalah antara 3,883 pelajar baharu yang mendaftar di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini dan beliau akan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan secara sepenuh masa.
“Sudah lama saya mahu menyambung pelajaran namun hasrat itu terbantut akibat menguruskan keluarga dan anak-anak yang masih kecil. Kejayaan anak-anak seramai empat orang yang berjaya menamatkan pengajian di IPTA telah mendorong saya untuk berjaya seperti mereka.
“Dulu giliran mereka, sekarang tiba pula giliran saya untuk membuat mereka bangga,” kata Mubarak atau nama sebenarnya Mohamad Mubarak Majid ketika ditemui di sini.
Katanya, dua lagi anaknya sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan belajar di tingkatan lima.

Sunday, August 7, 2011

Tahap Penguasaan Matematik Atasi Sasaran.


KUALA LUMPUR 4 Ogos - Tahap penguasaan asas numerasi iaitu kebolehan melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah di kalangan murid tahun 1 dan 2 di seluruh negara berjaya dicapai sepenuhnya atau 100 peratus pada Jun lalu.

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar, Tengku Azian Tengku Shariman berkata, pencapaian itu juga mengatasi sasaran awal iaitu 95 peratus menjelang hujung tahun ini.

"Begitu pun, bagi kadar celik huruf di kalangan murid tahun 1 dan 2 pula, pencapaian kita ketika ini masih sama seperti tahun lalu iaitu pada kadar 90 peratus.

"Namun kita yakin sasaran celik huruf sebanyak 95 peratus menjelang akhir tahun ini berjaya dicapai kerana masih ada ruang untuk pertumbuhan peratus yang lebih besar," katanya ketika membentangkan laporan prestasi tahunan separuh pertama tahun 2011 di sini hari ini.

Tengku Azian menambah, kadar celik huruf masih pada status quo sehingga Jun tahun ini kerana beberapa kekangan antaranya masalah komunikasi di kalangan pelajar Orang Asli dan pemahaman bahasa Melayu yang rendah di kalangan pelajar sekolah aliran.

Masalah lain kata beliau, adalah faktor kemampuan menguasai pelajaran di kalangan murid-murid istimewa dan cacat penglihatan serta pendengaran.

"Dari sudut meningkatkan penyertaan kanak-kanak berusia empat dan lima tahun di peringkat prasekolah pula, sebanyak 58.3 peratus daripada sasaran 80 peratus menjelang hujung tahun ini telah dicapai dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini," katanya.

Wednesday, July 20, 2011

Hanya USM Tanpa UPU.


KUALA LUMPUR 19 Julai – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak bercadang membenarkan mana-mana institut pengajian tinggi awam (IPTA) selain Universiti Sains Malaysia (USM) membuat pengambilan terus pelajar tanpa melalui Unit Pusat Universiti (UPU).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, buat masa ini hanya USM dibenarkan berbuat demikian memandangkan universiti terbabit telah pun mendapat pengiktirafan sebagai Universiti Apex.

Katanya, kementerian juga belum menetapkan sebarang kriteria bagi melayakkan sesebuah universiti untuk memohon dikecualikan proses UPU tersebut.

“Setakat ini semua kemasukan universiti perlu melalui UPU. Pihak kementerian belum lagi membuat keputusan untuk membenarkan semua universiti berbuat demikian.

“Pengambilan pelajar seterusnya adalah pada September 2012. Ada setahun lagi, jadi tidak perlu terburu-buru untuk membuat keputusan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Universiti Malaya (UM) semalam menjangkakan akan mengikuti langkah USM untuk membuat pengambilan terus pelajar tanpa melalui UPU.

UM kini sedang menunggu lampu hijau daripada kementerian berkenaan manakala USM pula telah memansuhkan penggunaan sistem UPU setelah mendapat pengiktirafan sebagai Universiti Apex.

Bagaimanapun beberapa universiti awam lain seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganggap sistem UPU masih relevan.

Sumber: Utusan online

Wednesday, June 22, 2011

Tarik Balik Pinjaman CGPA Bawah 2.0.





SUNGAI LAYAR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menarik balik pinjaman mereka yang gagal menenuhi kehendak keputusan CGPA ditetapkan agar peminjam menonjolkan keputusan memuaskan. 

Ahli Lembaga Pengarah PTPTN, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, bagi pelajar CGPA bawah 2.0 akan disekat pinjaman sehingga menerima keputusan memuaskan. 

Menurutnya, peminjam boleh membuat permohonan semula sekiranya ada peningkatan dalam keputusan semester hadapan dan tidak menolak kemungkinan pinjaman boleh diteruskan. 

“Setakat ini kita hanya berjaya memperolehi pembayaran balik sebanyak RM2.45 bilion iaitu 48.56 peratus sahaja yang sepatutnya diterima sebanyak RM5.04 bilion daripada pelajar yang telah tamat belajar dan memperolehi kerjaya,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Komputer Notebook 1Malaysia kepada 1,500 pelajar dalam kawasan Parlimen Merbok di sini semalam. 

“Keseluruhan pengeluaran wang PTPTN adalah sebanyak RM25.3 bilion bagi tempoh tahun 1997 sehingga 30 April 2011 di samping meluluskan RM38.5 bilion lagi kepada peminjam,” katanya.

Monday, June 6, 2011

iPads replacing note pads as Asian schools go high-tech.


Soon pupils could be reading on their tablets about a quaint old communication device called "paper" (AFP/File, Simin Wang)


SINGAPORE — Apple's iPad and other tablet computers are replacing traditional note pads in some Asian schools and making the lives of thousands of students a whole lot easier.
Soon pupils could be reading on their tablets about a quaint old communication device called "paper", especially in Asia's advanced economies where many schools are racing towards a paperless classroom.
The slim glass slabs slip easily into a bag and can store thousands of textbooks, making a fat school bag full of heavy books, pens and notepads a thing of the past.
"I like the iPad because it is portable and we do not have to carry so many bags and files around," said 13-year-old Nicole Ong, who now makes notes on her iPad during class at Nanyang Girls' High School in Singapore.
A sample group of more than 120 students and 16 teachers at the school have been given iPads, at a cost of over $100,000. By 2013, every student in the school will have one.
The number of software applications -- or apps -- that can be used for educational purposes on tablet computers is set to explode.
It's a brand new business that even media mogul Rupert Murdoch has identified as an area of huge potential growth.
Murdoch said his News Corp group is to push into the education technology market in a speech to the e-G8 conference of Internet entrepreneurs and European policymakers in Paris last month.
He described education as the "last holdout from the digital revolution" and outlined a vision for personalised learning with lessons delivered by the world?s best teachers to thousands of students via the Internet.
"Today?s classroom looks almost exactly the same as it did in the Victorian age," Murdoch added.
But many Asian schools are already way ahead of the game.
"No longer is language learning solely based on the teacher commenting on students' works -- classmates can feedback on one another," said Seah Hui Yong, curriculum dean of Nanyang.
Rene Yeo, head of the information technology department at Tampines Secondary School, also in Singapore, teaches science with his iPad. His students learn factorisation by simply moving the numbers around on the screen.
They also read about animal cells and the human brain structure by clicking on the various parts. And tablet computers make the double helix structure of a human DNA practically come to life before a student's eyes.
There are apps to learn English and maths, pupils can do cause and effect analysis on iBrainstorm, prepare for oral exams and speeches with AudioNote and even strum the guitar for a music lesson on GarageBand.
The rise of classroom technology will mirror its rise throughout society, says Sam Han, a US-based expert on the role of technology in education.
Han, instructional technology fellow at the Macaulay Honors College, City University of New York, said he expects some Asian countries to leapfrog the West.
"While the Internet was birthed in the US, Singapore and South Korea (for example) boast far greater broadband Internet access penetration and infrastructure than the US," he said.
Japan's communications ministry has given tablets to more than 3,000 under-12 pupils at 10 elementary schools and even fitted classrooms with interactive electronic blackboards under the so-called "future school" pilot project.
In South Korea, where schools have WiFi zones, the education ministry has been testing 'digital textbooks' in some schools since 2007. In 2012, the ministry says it will decide whether to supply tablets to schools nationwide.
Singapore has a hugely competitive education system known for its high level of science and mathematics instruction. The education ministry provides a grant for schools to buy this kind of equipment, as well as software and services.
Many schools already have WiFi, making it easy for students to connect to the Internet.
But some teachers acknowledged there are students who get distracted by playing games or surfing Facebook and other social media sites like Twitter.
Education psychologist Qiu Lin cautioned against schools getting carried away and promoting the blind use of technological devices, and neglecting the real goals of education.
"The trend of integrating technology into education will definitely increase," said the assistant professor at Nanyang Technological University, which is separate from the high school.
"But after one month when the novelty of iPads wears down, a good curriculum and teaching materials that can increase deep thinking and problem solving in students need to be in place."
-By Simin Wang (AFP) 

Saturday, June 4, 2011

Peroleh 8A Ke Atas Dapat Tajaan Mara.



Mohd. Shafie Apdal (kanan) beramah mesra dengan para penerima anugerah selepas merasmikan sambutan Hari Pendidik Mara 2011 di PICC, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 2 Jun - Semua pelajar cemerlang Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat lapan A ke atas akan mendapat tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) walaupun gagal dalam sesi temu duga.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pemberian tajaan tersebut akan dikelaskan kepada dua bahagian iaitu tajaan untuk pengajian luar negara dan dalam negara.

Menurutnya, pelajar yang lulus sesi temu duga sahaja akan ditawarkan tajaan mengikuti program ijazah luar negara dan mereka yang gagal pula ditawarkan tajaan melanjutkan pelajaran dalam negara.

"Mara tidak mengamalkan sikap 'pilih kasih', semua pemohon akan diberikan tajaan mengikut kemampuan masing-masing. Bagi mereka yang gagal dalam sesi temuduga, kita tetap tawarkan tajaan melanjutkan pelajaran di dalam negara dan terpulang kepada mereka untuk terima atau tidak," katanya.

Beliau mengulas rintihan seorang pelajar cemerlang yang mendapat lapan A+ tetapi gagal mendapat tajaan Mara seperti yang disiarkan dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia hari ini.

Pelajar terbabit mendakwa dia difahamkan oleh pihak Mara terdapat lebih seratus pelajar cemerlang telah gagal mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Menurut Mohd. Shafie, Mara tidak boleh menaja kesemua pemohon melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

"Justeru sesi temu duga yang dilakukan bertujuan untuk menapis pelajar cemerlang dan mengukur tahap kemampuan pelajar berkenaan. Mereka perlu akur dengan apa yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengikut langkah Kementerian Pelajaran memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat berteraskan kecemerlangan dengan mengkategorikan guru mengikuti empat lapisan jawatan.

Katanya, prosedur kenaikan pangkat baru itu seratus peratus menyamai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini.

Menurut beliau, langkah tersebut diyakini mampu memperluaskan kerjaya perguruan dan seterusnya membuka laluan mencapai gred 54 dalam tempoh perkhidmatan selama 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat ditetapkan.

Sumber: Utusan online.

Friday, May 6, 2011

Keputusan permohonan ke IPTA hari ini.


KUALA LUMPUR - Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2011/2012 boleh diperoleh mulai pukul 12 tengah hari ini.


Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline 03-88835858, helpline 03-88835848 dan juga ditalian am 03-88835801/5802.
Menurutnya, calon-calon juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.myhttp://www.jpt.utm.mydan http://www.jpt.uum.edu.my atau menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.
"Calon boleh mencetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini," katanya.
Sumber:Kosmo online

Monday, January 31, 2011

UiTM cadang tambah kampus di P. Pinang



BALIK PULAU, 30 Jan. — Universiti Teknologi MARA (UiTM) merancang membuka satu lagi kampus di Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

"Perkara ini masih dalam perancangan dan kita sedang mencari satu tempat yang sesuai untuk membina kampus baru itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan UiTM Pulau Pinang Kampus Balik Pulau di sini, hari ini.
UiTM Pulau Pinang kini mempunyai kampus di Permatang Pauh dan satu lagi kampus akan dibuka di Bertam, Seberang Perai.
Beliau berkata, cadangan pembinaan kampus baru itu selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah bilangan tenaga kerja mahir di negara ini.
"Kita perlu menambah tenaga kerja mahir kerana antara prasyarat yang diminta oleh pelabur yang ingin melabur di negara ini ialah kita perlu ada tenaga kerja mahir dalam bidang tertentu,” katanya. — Bernama
Sumber: Kosmo online

Wednesday, January 19, 2011

Empat Aspek Pengukur Kejayaan.


Bermula daripada tadika, kemudian di sekolah rendah dan akhirnya ke sekolah menengah, kita didedahkan dengan pelbagai mata pelajaran. Subjek sains seperti biologi, fizik, kimia dan matematik membolehkan kita mahir menggunakan otak kiri agar dapat mengendali fikiran yang rasional dan logik. Subjek-subjek seni dan sastera seperti bahasa, geografi dan sejarah pula memacu otak kanan agar lebih intuitif dan emosional.


Sejak darjah satu hingga ke tingkatan lima, kita bertemu dengan berpuluh-puluh orang guru yang mengajar kita berbelas-belas mata pelajaran. Andainya kita belajar dengan 7 guru bagi setiap mata pelajaran daripada darjah satu hingga tingkatan lima, iaitu dengan sebelas tahun persekolahan, kita sudah menuntut dengan 77 orang guru. Jikalau dicampur dengan guru-guru lain seperti guru besar, guru disiplin, guru-guru sekolah agama dan guru-guru tuisyen, ini bermakna, dalam usia 7 hingga 17 tahun, kita sudah berguru tidak kurang dengan 100 orang cikgu!



Sudah tentu, seandainya kita jumlahkan dengan golongan pensyarah apabila menuntut di institusi pengajian tinggi, pendidik yang mengajar kita bertambah berpuluh-puluh orang lagi. Jelas sekali, dunia akademik yang kita lalui selama berbelas-belas tahun mempertemukan kita dengan begitu ramai guru. Maknanya, jika kita masih belum menjadi orang selepas belajar dengan ratusan orang guru, tentu ada yang tidak kena dengan diri kita sendiri.



Malangnya, sebilangan besar daripada kita telah kembali kepada kejumudan fikiran walaupun sudah dibuka oleh beratus orang guru masing-masing sebelum ini. Ia terjadi apabila pengalaman di alam pendidikan formal dilupakan begitu sahaja, seolah-olah ia tiada kaitan dengan pembinaan minda dan pertimbangan tindakan dalam mengharungi kehidupan seharian.



Mengapa terjadi demikian? Ia berlaku apabila kita menutup buku dan memisahkan dunia pendidikan formal dengan dunia kehidupan. Memang benar, dunia persekolahan itu terkawal, penuh dengan disiplin, ketertiban dan penuh beretika. Tetapi, bukankah dunia itu yang membentuk dan menyamakan sebilangan besar daripada kita untuk memulakan langkah kehidupan di padang yang sama rata dengan orang lain?



Seharusnya, setelah berbelas tahun belajar, kita sudah boleh menjadi intelektual, boleh mengamalkan ilmu yang diperolehi, tahu membezakan yang mana yang baik atau buruk, menilai mana satu fakta, mana satu fitnah, mana satu yang hak, mana satu yang batil serta boleh menelah apa yang tersirat di sebalik yang tersurat dengan mudah. Kita tidak mungkin tertipu dengan kekayaan yang nampaknya disamaertikan dengan kekayaan material semata-mata.



Tentu sekali jika wang ringgit menjadi ukuran kekayaan, kita akan lihat seolah-olah terdapat ketidakadilan dari segi material. Ramai berasa tewas semata-mata apabila kalah daripada segi harta. Sedangkan material hanya salah satu aspek pengukur kekayaan. Pokoknya, siapakah yang mengajar kita untuk menilai diri sendiri hanya mengikut ukuran ini? Apakah besarnya rumah, banyaknya kereta, luasnya ladang dan melimpah ruahnya harta itu satu-satunya ukuran? 



Meskipun ramai yang tahu, ramai juga yang terlupa bahawa kita tidak boleh mengukur kekayaan dengan banyaknya harta. Kekayaan mental adalah juga pengukur kejayaan. Selain daripada kelulusan atau segolong ijazah yang menjadi bukti bertulis, kekayaan mental seseorang itu dapat dinilai dengan kebolehannya mengeluarkan buah fikiran yang kritis, tegar dengan pendirian yang berpaksikan kebenaran serta tidak takut dengan seseorang hanya kerana dia mempunyai pangkat dan harta. Orang yang kaya mentalnya juga mewarisi kekayaan yang tersendiri.



Kekayaan jiwa ataupun spiritual adalah satu lagi kayu ukur kekayaan. Sudah pasti orang yang kaya spiritual dengan segala sifat yang baik budi pekerti, baik bahasa dan segala sifat kemanusiaan dan kemalaikatan itu mengatasi kekayaan ratusan jutawan dan ribuan ilmuwan. Yang kaya dan berilmu pun boleh tunduk dengan ketokohan dan kewibawaan orang yang kaya spiritualnya.



Selain material, mental dan spiritual ada satu lagi kekayaan yang penting, tetapi bagai dilupakan oleh ramai daripada kita. Kekayaan itu diperlukan walaupun kita mempunyai kekayaan-kekayaan yang lain. Tanpanya, kekayaan material, mental dan spiritual tidak akan bererti lagi. Kekayaan itu adalah kekayaan fizikal. Ia bukan bererti besarnya tubuh badan, sebaliknya betapa sihatnya fizikal kita. Tanpa kekayaan fizikal, tiada gunanya kekayaan yang lain. Untuk apa berpapah, sedangkan kita sepatutnya melangkah.