Friday, January 7, 2011

Cara Mengulangkaji Pelajaran.

Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah:
  1. Membaca dan menyemak nota-nota kuliah sambil melengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.
  2. Membaca/menjawab soalan-soalan buku-buku rujukan. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.
  3. Menjawab soalan-soalan latihan/tutorial. Ini akan membolehkan anda menguji kefahaman anda mengenai sesuatu topik dan anda bersedia menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.
  4. Mengkaji/menjawab contoh-contoh jawapan peperiksaan UPS/PSPM tahun-tahun lepas. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.
  5. Berbincang dengan rakan-rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.

1 comment:

Omu Rice said...

tip yang bagus...tapi masih tak sesuai tok omu sebagai student ipt..