BALIK PULAU, 30 Jan. — Universiti Teknologi MARA (UiTM) merancang membuka satu lagi kampus di Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
"Perkara ini masih dalam perancangan dan kita sedang mencari satu tempat yang sesuai untuk membina kampus baru itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan UiTM Pulau Pinang Kampus Balik Pulau di sini, hari ini.
UiTM Pulau Pinang kini mempunyai kampus di Permatang Pauh dan satu lagi kampus akan dibuka di Bertam, Seberang Perai.
Beliau berkata, cadangan pembinaan kampus baru itu selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah bilangan tenaga kerja mahir di negara ini.
"Kita perlu menambah tenaga kerja mahir kerana antara prasyarat yang diminta oleh pelabur yang ingin melabur di negara ini ialah kita perlu ada tenaga kerja mahir dalam bidang tertentu,” katanya. — Bernama
Sumber: Kosmo online
No comments:
Post a Comment