Wednesday, June 22, 2011

Tarik Balik Pinjaman CGPA Bawah 2.0.





SUNGAI LAYAR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menarik balik pinjaman mereka yang gagal menenuhi kehendak keputusan CGPA ditetapkan agar peminjam menonjolkan keputusan memuaskan. 

Ahli Lembaga Pengarah PTPTN, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, bagi pelajar CGPA bawah 2.0 akan disekat pinjaman sehingga menerima keputusan memuaskan. 

Menurutnya, peminjam boleh membuat permohonan semula sekiranya ada peningkatan dalam keputusan semester hadapan dan tidak menolak kemungkinan pinjaman boleh diteruskan. 

“Setakat ini kita hanya berjaya memperolehi pembayaran balik sebanyak RM2.45 bilion iaitu 48.56 peratus sahaja yang sepatutnya diterima sebanyak RM5.04 bilion daripada pelajar yang telah tamat belajar dan memperolehi kerjaya,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Komputer Notebook 1Malaysia kepada 1,500 pelajar dalam kawasan Parlimen Merbok di sini semalam. 

“Keseluruhan pengeluaran wang PTPTN adalah sebanyak RM25.3 bilion bagi tempoh tahun 1997 sehingga 30 April 2011 di samping meluluskan RM38.5 bilion lagi kepada peminjam,” katanya.

No comments: