Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang buku yang ditulis oleh rakan saya yang telah berada di pasaran.
Anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai buku atau dengan melayari www.mudahbelajar.com
Harga : RM 9
Penerbit : Karangkraf
Prakata Daripada Penulis: Sifoo Sidee
Buku ‘NAK A DALAM EXAM’ ialah buku terbitan pertama saya. Buku ini ialah terbitan Karangkraf. Buku ini mengutarakan cara terbaik untuk belajar secara berkesan. Kita tahu terdapat banyak cara belajar. Cara belajar tersebut sama ada disedari ataupun tidak disedari pelajar.
Selama saya belajar di sekolah dahulu, guru tidak pernah memberi satu kaedah belajar berkesan. Mereka hanya mengajar tetapi tidak pernah memberitahu cara belajar yang betul. Terpulanglah kepada pelajar sama ada faham ataupun tak faham.
Saya sentiasa mencari-cari satu kaedah yang paling berkesan untuk belajar. Perkara ini semakin meningkat bila saya berpeluang belajar di universiti. Bila bergaul dengan pelajar cerdik, saya mendapat pelbagai ilham untuk mencipta kaedah belajar sendiri.
Saya berfikir, kenapa pelajar yang belajar sehari suntuk untuk peperiksaan masih tidak dapat markah yang diharapkan. Pelajar yang belajar lebih kurang saja yang mendapat markah terbaik. Berbalik daripada situ saya mengkaji satu kaedah yang paling baik untuk belajar.
Saya telah memperkenalkan cara belajar BILL, FEE, Segmen dan MBMMBI. Cara belajar ini banyak menggunakan kemahiran mengingat, membuat nota dan mengaplikasikannya dengan teknologi maklumat.
Pelajar merasa bosan ketika belajar. Terutama bagi subjek membaca. Teks yang berbelit-belit menyukarkan mereka untuk mengingat apa yang dibaca. Tanpa teknik yang betul, mereka mudah lupa apa yang dibaca.
Ramai pelajar keliru dan tidak tahu kaedah yang terbaik untuk skor ‘A’ dalam peperiksaan. NAK ‘A’ DALAM EXAM mampu membantu mereka yang masih tercari-cari kaedah yang sesuai dalam membuat nota.
Buku ini mendedahkan teknik membaca yang betul, teknik mengingat juga teknik mencatat nota yang paling berkesan untuk mereka yang bakal menduduki peperiksaan. Strategi belajar, bagaimana menangani sindrom black out (lupa secara tiba-tiba) dan pelbagai tip yang mudah untuk diaplikasikan ketika mengulang kaji pelajaran turut dimuatkan di dalam buku ini.
Kisah-kisah insan yang mencipta kejayaan luar biasa juga diselitkan untuk menyuntik semangat pelajar supaya tidak mudah berputus asa. Ketahuilah, untuk meraih kejayaan tidaklah terlalu sukar sekiranya pelajar tahu teknik yang betul dan sentiasa positif dalam setiap usaha yang dilakukan. Yang penting, azamkan tekad ‘kata A, fikir A, mesti dapat A!’.
Apa tunggu lagi. Dapatkan sekarang. Tindakan awal membuatkan anda tidak mengulang kesilapan lalu.
No comments:
Post a Comment