Saturday, February 28, 2015

Kualiti IPT Tempatan Setanding Universiti Luar.

SINTOK - Kualiti yang dimiliki universiti tempatan di negara ini bukan sahaja setanding dengan universiti luar negara, malah lebih utama ia sepadan dengan nilai wang, kata Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak.
Katanya, kos pembelajaran di universiti tempatan yang mampu ditanggung pelajar termasuk kos sara hidup, yuran pengajian dan kos penginapan, menjadikannya antara faktor utama menarik pelajar asing ke negara ini.
"Misalnya di Harvard, nak buat MBA (Sarjana Pentadbiran Perniagaan) mencecah RM50,000 setahun, sedangkan di negara kita tak macam itu. Ijazah dan ahli akademik kita diterima di seluruh dunia, tiada masalah melanjutkan pelajaran," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mohamed berkata, kemudahan dan tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dan diiktiraf, menjadikan isu ranking universiti bukan satu-satunya alat untuk mengukur kualiti dan keupayaan sesuatu universiti itu.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh yang meminta pembangkang supaya berhenti daripada mempolitikkan isu ranking universiti institut pengajian tinggi (IPT) tempatan setanding dengan negara luar. - Bernama


Credit to: 
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz3T0GtWXYj 
Hakcipta terpelihara 

No comments: