Monday, February 6, 2012

Kemas Kini Borang Matrikulasi Bermula 6 Februari 2012.



KUALA LUMPUR 3 Feb. - Borang Permohonan Matrikulasi bagi sesi 2012/2013 akan dibuka selama 15 hari bermula 6 Feb hingga 20 Feb ini bagi tujuan kemaskini maklumat tambahan.

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkata pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang telah mengisi borang permohonan melalui internet diminta mengemaskini maklumat tambahan melalui laman web KPM Bahagian matrikulasi di http://apps.moe.gov/permohonan-matrikulasi/kemaskini.

Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau angka giliran SPM, kata kenyataan bahagian itu di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi melalui talian 03-88844083/4036/4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada waktu bekerja. - BERNAMA

Sumber: Utusan online

No comments: