Masih lagi mengenai gajet terkecil di dunia, kali ini telefon bimbit terkecil dan ringan yang turut dikeluarkan oleh syarikat pengusaha elektronik dari Jepun.
Willcom baru saja memperkenalkan sebuah telefon terbaru, Phone Strap 2 WX06A. Telefon ini turut diperkenalkan sebagai telefon paling kecil dan paling ringan di dunia.
Dilihat dari namanya, telefon ini adalah generasi kedua dari telefon Phone Strap. Ia memiliki dimensi yang kecil, dengan lebar 32 milimeter, panjang 70 milimeter dan ketebalan 10.7 milimeter. Beratnya pula sekitar 32 gram.
Namun telefon ini bukanlah telefon pintar, ia hanya mempunyai fungsi asas telefon bimbit. Skrinnya hanya berukuran satu inci dan bateri yang mampu bertahan untuk masa bercakap selama dua jam dan 12 hari waktu sedia.
Sumber: Berita Harian online
No comments:
Post a Comment